Resepi Ketam Goreng Kari media

Hello friends BEAUTY, on this occasion the admin wants to share an article entitled Resepi Ketam Goreng Kari media, we have made good, quality and useful articles for you to read and take information in. hopefully the post content is about Ketam Goreng Kari, Makanan, Masakan, Perkongsian, Resepi, which we write you can understand. Alright, happy reading.
Assalamualaikum


Resepi Ketam Goreng Kari | Dah nak tengah malam, baru nak update blog pasal makanan. Hahahahaa.. Ini semua boleh buat stock time lapar. Lapar je tengah malam, scroll blog sendiri cari resepi dan tengok gambar-gambar makanan.

Macam biasa, aku suka masak-masak walaupun tak berapa nak pandai. Aku suka cuba-try-test tau apa-apa yang aku rasa aku mampu buat. So, dua tiga hari lepas aku ada buat ketam goreng kari versi malas. Yang mana nak makan tapi nak cepat siap, sila laa buat. InsyaAllah sedap tau! Kalau tak sedap, air tangan korang tak kena laa tu. Hihihii..

Bahan-bahan

1. 4 ekor ketam *siap cuci dan potong dua
2. 2 biji bawang merah *kisar/tumbuk
3. 3 ulas bawang putih *kisar/tumbuk
4. 1 sudu besar serbuk kari *bancuh dengan sedikit air
5. 1 sudu besar cili kisar/cili boh
6. 1 sudu besar sos tiram
7. 1 sudu besar sos cili
8. 2 tangkai daun kari

Cara-cara

1. Gaulkan ketam dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng sebentar, angkat dan ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan merah. Selepas itu, masukkan daun kari
3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak
4. Masukkan sos tiram dan sos cili. Tumis seketika. Masukkan sedikit air agar tumisan tidak hangit. Perasakan dengan gula dan garam.
5. Akhir sekali, masukkan ketam dan gaulkan biar sekata dengan api yang perlahan dan biarkan seketika supaya kuah menjadi pekat. Siap!

Mudah je kan? Cuma aku nie suka tambah cili padi. Dan hari tu malas goreng sayur sebab lapar sangat. So, aku masukkan je kacang panjang dan ubi kentang. Tak lama pun masak nie. Sedap tau!


That's the article: Resepi Ketam Goreng Kari media
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Resepi Ketam Goreng Kari media with link address https://zoneskincare.blogspot.com/2019/10/resepi-ketam-goreng-kari-media.html

More Articles

Post a Comment

Previous Post Next Post

Iklan In-Feed (homepage)