Jompay Je Bayar Zakat Online Sekarang media

Hello friends BEAUTY, on this occasion the admin wants to share an article entitled Jompay Je Bayar Zakat Online Sekarang media, we have made good, quality and useful articles for you to read and take information in. hopefully the post content is about Bayar Zakat Atas Talian, Bayar Zakat Online, Cashless, Collaboration, Jompay, Lembaga Zakat Selangor, LZS, Online, Zakat, Zakat Fitrah, Zakat Perniagaan, Zakat Saham, which we write you can understand. Alright, happy reading.

Assalamualaikum

Jompay Je Bayar Zakat Online Sekarang | Dalam keadaan sekarang, ramai yang terjejas pendapatan kerana ekonomi akibat Covid-19. Dan begitu ramai buntu macam mana bantu keluarga bila pendapatan terjejas. Dan aku juga turut terkena tempiasnya tau!

Apabila ekonomi semakin pulih, jangan kita lupa tanggungjawab kita untuk membayar zakat. Membayar zakat merupakan salah satu daripada Rukun Islam kita.

Kalau dulu nak bayar zakat, kita kena cari 'Amil atau pusat-pusat zakat yang disediakan. Sekarang kita berada dalam zaman teknologi yang makin canggih dan kemajuan yang pesat. Lembaga Zakat Selangor mudahkan kerja kita semua dengan pembayaran secara online atau cashless. Jadi kita tak perlu ke pusat zakat lagi.

Lembaga Zakat Selangor membantu untuk kita sama-sama mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak perlu keluar rumah. Bila bayar zakat secara online, lebih mudah, selamat dan pantas. Tak perlu keluar rumah, hanya lakukan pembayaran dimana mana sahaja.

Apa itu zakat?

Dari segi bahasa, zakat merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dan dari segi syarak, zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Dengan mengeluarkan zakat, ia dapat memupuk rasa syukur dalam diri seseorang peniaga itu untuk lebih bersyukur terhadap nikmat-nikmat yang Allah telah berikan. Tidak dapat kita nafikan bahawasanya nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita sangat banyak dan tidak terhitung. Berzakat adalah salah satu cara untuk kita melahirkan rasa syukur dengan nikmat yang telah diberikan.

Kaedah Pembayaran Zakat Online Melalui Jompay

Hanya melalui platform Jompay, korang boleh bayar zakat. Mudah kan? Bukan bil je boleh bayar melalui Jompay, zakat pun boleh. Hanya masukkan biller code 3145 untuk Lembaga Zakat Selangor.

Selain itu, ada yang lagi menyeronokkan tau dengan Lembaga Zakat Selangor nie. Setiap tahun, wajib ada peraduan untuk pembayar zakat semua.

Peraduan Menang Dan Kongsi

 

Bermula 15 November 2021 sehingga 31 Disember 2021, Lembaga Zakat Selangor sedang mengadakan Peraduan Menang & Kongsi yang terbuka kepada semua pembayar yang membuat bayaran zakat dimana-mana saluran bayaran tanpa tunai yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor.

Jangan risau, tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan. Kalau bayar zakat RM7 pun, masih layak untuk menyertai peraduan ini.

Dan kalau korang dah bayar zakat dimana-mana saluran yang di sediakan oleh Lembaga Zakat Selangor, jom kita sertai! Mana tahu ada rezeki boleh menang Simpanan Tabung Haji yang bernilai RM5,000 tu.

 

Ingatlah! Sebagai Muslim kita diwajibkan menunaikan zakat kerana dengan mengeluarkan zakat dapat membersihkan jiwa dan mensucikan harta kita. Sentiasa letakkan zakat dihati dan dalam diri kita.

Website : https://www.zakatselangor.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
No Telefon  : 1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang)



That's the article: Jompay Je Bayar Zakat Online Sekarang media
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Jompay Je Bayar Zakat Online Sekarang media with link address https://zoneskincare.blogspot.com/2021/12/jompay-je-bayar-zakat-online-sekarang.html

More Articles

Post a Comment

Previous Post Next Post

Iklan In-Feed (homepage)